Rifle Pengulang MAS 36
Rifle Pengulang MAS 36

Rifle Pengulang MAS 36

Rifle Pengulang MAS 36 7.5 mm (0.29 inci) adalah senjata keluaran Perancis yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1886 Tentera Perancis mendahului dunia dengan memperkenalkan peluru rifle tanpa asap dalam bentuk katrij Lebel 8 mm (0.3 inci). Menjelang tahun 1920-an peluru ini mula ketinggalan. Selepas beberapa cubaan yang gagal katrij piwaian baru dengan kaliber 7.5 X 54 mm (0.29 X 2.1 inci) diperkenalkan pada tahun 1929. Cubaan menyesuaikan rifle Lebelund Berthier yang berasal sejak Perang Dunia Pertama dan masih terdapat dalam bilangan yang banyak gagal, dengan itu pembangunan bagi senjata baru telah dimulakan. Senjata baru ini mula dikeluarkan pada tahun 1936 dan dikenali sebagai MAS 1936. Bagaimanapun pengeluarannya bermula dengan perlahan dan dipercayai hanya 250,000 MAS 1936 dihasilkan menjelang 10 May 1940. Rifle Pengulang MAS 36 merupakan satu dari pengulang konventional pengerak manual terakhir yang digunakan tentera. Senjata yang ditawan turut digunakan oleh tentera penjajah Jerman. Selepas 1945, Rifle Pengulang MAS 36 kekal digunakan oleh Tentera Perancis selama beberapa tahun. Selepas itu, senjata itu mula dibekalkan kepada tentera di beberapa bekas koloni Perancis.

Rifle Pengulang MAS 36

Tempat asal Perancis
Sistem suapan 5 round internal box magazine,
clip fed
Dalam perkhidmatan 1936–1978
Jarak tembakan efektif est. 350-400 yards w/open sights
Kartrij 7.5×54mm French
Berat 3.71 kg (8.2 lb) unloaded
Panjang 1,021 mm (40.2 in)
Perang Perang Dunia Kedua
Perang Algeria
Perang Indochina Pertama
Krisis Suez
Perang Vietnam
Perang Saudara Cambodian
Penglihatan Iron sights
Panjang laras 575 mm (22.6 in)
Digunakan oleh See Users
Halaju muncung 2700 ft/s (823 m/s)
Pengeluar Manufacture d'Armes de Saint-Etienne
Aksi Bolt action
Jenis Bolt-action rifle